Masalah ‘Overweight’ Dalam Kalangan Kanak-Kanak – Apakah Yang Menjadi Punca Utama?
Pertambahan berat badan dalam kalangan kanak-kanak merupakan perkara yang normal sepanjang proses tumbesaran. ‘Ideal weight’ juga bertambah seiring dengan umur. Namun, yang menjadi kebimbangan ibu bapa ialah apabila anak-anak mengalami berat badan berlebihan (overweight) ataupun dipanggil obesiti. Menurut Reuters, selain mengundang penyakit dan masalah fizikal, masalah ‘overweight’ dalam kalangan kanak-kanak juga mendorong kepada tekanan emosi dan psikologi seumur hidup mereka. Apakah maksud obesiti? Berat badan melebihi tahap normal dan menjejaskan kesihatan seseorang. Jikalau berat badan melebihi 20 % berat badan normal mereka dikatakan “obese.” Obesiti di kategorikan mengikut BMI (Body Mass Index) iaitu satu cara untuk mengukur berat badan mengikut ketinggian seseorang. Apakah Punca Overweight Pemakanan Gaya pemakanan yang kurang sihat serta pengambilan kalori melebihi karbohidrat dan lemak. Contohnya, nasi, tepung, roti, minuman manis dan makanan bergoreng. Kurang ...