Ketahui bahan MPASI yang disarankan untuk perkembangan tulang bayi
MPASI atau dikenali sebagai Makanan Pendamping ASI merupakan makanan tambahan yang diberikan kepada bayi sebagai pelengkap nutrisi. Mengikut panduan World Health Organization (WHO), bayi wajar diperkenalkan dengan makanan ASI pada usia 180 hari atau 6 bulan. Bayi yang berusia 6 bulan ke bawah masih mempunyai imuniti yang lemah dan senang dijangkiti bakteria, kuman, dan virus. Berikut adalah 5 bahan MPASI yang disarankan untuk perkembangan tulang bayi: Yogurt Mengandungi zat-zat protein, kalsium, vitamin D, fosfor, dan magnesium yang baik untuk tulang bayi. Ia juga memudahkan sistem pencernaan bayi. Bayam Kaya dengan sumber kalium, Vitamin A, zat besi, dan selenium. Ia membantu mencegah pengurangan zat besi dalam badan bayi. Brokoli Brokoli mengandungi asid folid, kalsium, zat besi dan kaya dengan pelbagai vitamin seperti A, C, D, E dan K. Ia membantu meningkatkan imunisasi dan juga sumber antioksidan yang baik. Kuning Telur Mempunyai Vitamin D sebagai sumber tenaga yang di...