Ketahui bahan MPASI yang disarankan untuk perkembangan tulang bayi
MPASI atau dikenali sebagai Makanan Pendamping ASI
merupakan makanan tambahan yang diberikan kepada bayi sebagai pelengkap nutrisi.
Mengikut panduan World Health Organization (WHO), bayi
wajar diperkenalkan dengan makanan ASI pada usia 180 hari atau 6 bulan.
Bayi yang berusia 6 bulan ke bawah masih mempunyai
imuniti yang lemah dan senang dijangkiti bakteria, kuman, dan virus.
Berikut adalah 5 bahan MPASI yang disarankan untuk perkembangan
tulang bayi:
Yogurt
Mengandungi zat-zat protein, kalsium,
vitamin D, fosfor, dan magnesium yang baik untuk tulang bayi. Ia juga
memudahkan sistem pencernaan bayi.
Bayam
Kaya dengan sumber kalium,
Vitamin A, zat besi, dan selenium. Ia membantu mencegah pengurangan zat besi
dalam badan bayi.
Brokoli
Brokoli mengandungi asid folid, kalsium, zat besi dan kaya
dengan pelbagai vitamin seperti A, C, D, E dan K. Ia membantu meningkatkan
imunisasi dan juga sumber antioksidan yang baik.
Kuning Telur
Mempunyai Vitamin D sebagai sumber tenaga yang diperlukan
oleh badan bayi untuk menyerap kalsium.
Labu Kuning
Sayuran yang rendah
lemak dan kalori namun kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang diperlukan
oleh badan bayi. Ia merupakan sumber antioksidan yang baik, potassium dan
vitamic C. Labu kuning turut membantu sistem pencernaan bayi kerana serat yang
terkandung.
Comments
Post a Comment