Kenali 7 Jenis Buahan Terbaik Untuk Anak Mommies
Semakin meningkat usia, bayi akan mula menjadi lebih aktif, bijak dan mula untuk mencuba perkara baru. Ini termasuklah dari segi pemakanan. Sekurang-kurangnya di usia 6 bulan, bayi sudah boleh diperkenalkan dengan makanan lembut. Buah-buahan merupakan makanan awal yang boleh diberikan kepada bayi kerana khasiat dan nutrisinya yang bagus untuk perkembangan fizikal dan mental bayi. Mesti Mommies dah teruja nak perkenalkan buah-buahan segar kepada bayi kan? Jangan risau, kami sedia membantu Mommies untuk membuat pilihan yang tepat untuk si manja! Avokado Avokado mempunyai kandungan lemak yang baik untuk untuk perlindungan badan bayi. Mommies tidak perlu risau dengan unsur lemak tersebut kerana lemakjuga diperlukan untuk perkembangan minda bayi. Selain itu, ia juga terkenal dengan Omega-3 dan Omega-6. Avokado sesuai diperkenalkan kepada bayi seawal usia 6 bulan. Pisang Pisang antara buah yang sesuai untuk kunyahan bayi kerana ia lembut. Ia terkenal dengan potasium, fiber, vitamin C dan v...