Kenali 7 Jenis Buahan Terbaik Untuk Anak Mommies
Semakin meningkat usia, bayi akan mula menjadi lebih aktif, bijak dan mula untuk mencuba perkara baru. Ini termasuklah dari segi pemakanan. Sekurang-kurangnya di usia 6 bulan, bayi sudah boleh diperkenalkan dengan makanan lembut.
Buah-buahan merupakan makanan awal yang boleh
diberikan kepada bayi kerana khasiat dan nutrisinya yang bagus untuk
perkembangan fizikal dan mental bayi. Mesti Mommies dah teruja nak perkenalkan
buah-buahan segar kepada bayi kan? Jangan risau, kami sedia membantu Mommies untuk
membuat pilihan yang tepat untuk si manja!
Avokado
Avokado mempunyai kandungan lemak yang baik untuk
untuk perlindungan badan bayi. Mommies tidak perlu risau dengan unsur lemak
tersebut kerana lemakjuga diperlukan untuk perkembangan minda bayi. Selain itu,
ia juga terkenal dengan Omega-3 dan Omega-6. Avokado sesuai diperkenalkan
kepada bayi seawal usia 6 bulan.
Pisang
Pisang antara buah yang sesuai untuk kunyahan bayi kerana ia lembut. Ia terkenal dengan potasium, fiber, vitamin C dan vitamin B6. Potasium bagus untuk melancarkan denyutan jantung manakala fiber pula bermanfaat untuk sistem penghadaman bayi. Pisang boleh diberikan begitu sahaja kepada bayi ataupun dibuat dalam bentuk puree untuk bayi yang berusia 6 bulan dan keatas.
Labu
Labu
merupakan salah satu buah yang terkenal disediakan dalam bentuk puree. Cara
penyediaanya sangat mudah di samping mempunyai khasiat seperti vitamin A,
vitamin C dan kaya dengan beta-karotena. Terdapat sekurang-kurangnya 92%
kandungan air di dalam labu. Cara penyediaanya cukup mudah iaitu dengan cara
merebus dan kemudian mengisar labu sehingga hancur sebelum diberikan kepada
bayi. Labu sesuai untuk diperkenalkan kepada bayi seawal usia 6 bulan.
Kurma
Kurma
merupakan antara makanan sunnah yang mengandungi sumber tenaga yang diperlukan
oleh bayi. Kurma mempunyai kandungan
nutrisi seperti kalsium, magnesium, sodium fosforus, potasium dan zat besi. Ia
juga mengandungi pelbagai vitamin utama seperti tiamina, riboflavin, niasin,
folat, vitamin A, B6 dan vitamin K. Di samping itu, ia juga padat dengan fiber
dan mengandungi gula ringkas seperti fruktosa dan dektrosa. Selain mempunyai
nutrisi yang baik, kurma juga membantu kecergasan fizikal, membekalkan tenaga,
meningkatkan perkembangan otak dan memperbaiki sistem penghadaman. Mommies
boleh memberi kurma kepada bayi yang berusia 6 bulan dengan kuantiti yang
sedikit dahulu.
Betik
Betik sangat sesuai diberikan kepada bayi yang berusia 6 sehingga 8 bulan kerana teksturnya yang lembut dan manis. Sangat sesuai untuk gusi bayi yang masih lembut. Betik terkenal dengan kandungan potasium yang tinggi dan kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin K, vitamin A dan vitamin C. Ia boleh disediakan dalam bentuk puree ataupun dilenyek dalam tekstur yang hancur untuk memudahkan bayi menelan dan makan.
Aprikot merupakan buah yang tinggi dengan kandungan beta-karotena, vitamin C dan Lycopene. Lycopene juga merupakan antioksida daripada famili beta-karotena. Aprikot kering yang bebas dari sulfur dioksida sesuai untuk diberikan kepada bayi. Selain itu, ia juga merupakan buah yang baik untuk pencernaan, kerana ia membantu untuk menghapuskan dysbiosis dan kembung. Ia juga bertindak sebagai julap ringan untuk bayi. Aprikot sesuai untuk diberikan kepada bayi yang berusia 6 ke 7 bulan.
Epal
Epal merupakan buah yang
tinggi kandungan nutrisi seperti kalium, fosforus, kalsium, magnesium, vitamin
A, dan vitamin C serta mineral lain yang sangat baik untuk kanak-kanak yang
semakin meningkat. Ia tidak menyebakan alahan kepada bayi di samping memudahkan
pencernaan bayi. Epal sesuai diperkenalkan kepada bayi seawal usia 5 ke 6 bulan.
Comments
Post a Comment