5 Tanda Anak Mommies Sudah Bersedia Untuk Makan
Pemberian makanan kepada si kecil perlu diberi
perhatian yang mendalam supaya ia tepat pada masa,
mencukupi, selamat dan sesuai untuk dimakan. Bayi terutamanya yang berusia
bawah 6 bulan digalakkan untuk minum susu ibu kerana ia berperanan penting
untuk tumbesaran bayi.
Namun,
apabila sudah menjangkau usia enam bulan ke atas, bayi sudah boleh
diperkenalkan dengan makanan tambahan. Hal ini kerana, susu ibu sudah tidak
cukup untuk menampung keperluan nutrisi yang diperlukan bayi untuk terus
berkembang.
Haa...mesti
Mommies dah teruja nak bagi anak-anak makan kan? Sebelum itu, kenali dahulu
tanda-tanda yang menunjukkan anak Mommies sudah bersedia untuk makan.
Tanda-tanda
Bayi Sudah Bersedia Untuk Makan
Menurut pakar, terdapat dua faktor yang membuktikan kesediaan anak untuk menerima makanan baru untuknya iaitu:
- Pematangan sistem saraf dan otak kanak-kanak.
- Kesediaan saluran gastrousus (GIT) bayi.
Mommies boleh mula bersedia untuk memperkenalkan
makanan tambahan kepada bayi apabila kedua-dua faktor itu bertepatan dengan masa.
Disarankan untuk memberi makanan yang mempunyai tekstur yang cair, lembut atau
saring, seperti bubur buah, bubur susu atau bubur nasi sayuran yang
dihaluskan.
Bayi mungkin akan
menunjukkan petanda seperti:
Mampu mengawal gerakan
kepala: Bayi
mampu mengawal gerakan kepada dengan sendiri tanpa bantuan
Peningkatan berat badan: berat badan bayi
meningkat 2x ganda selepas kelahirannya. Sekiranya bayi dilahirkan secara pramatang,
berat badannya harus melebihi berat kelahiran 2.5 kali
Mampu mengunyah: Mulut dan lidah bayi
akan berkembang selari dengan perubahan usia. Sebelum memperkenalkan makanan
pepejal kepada bayi, mereka perlu tahu cara menggerakkan makanan ke dalam mulut
sebelum menelan. Mommies akan mendapati bahawa air liur bayi tidak lagi meleleh
apabila bayi sudah terbiasa dengan makanan pepejal.
Berminat untuk makan: Bayi menunjukkan minat
untuk mula makan apabila mereka memasukkan tangan ke dalam mulut dan
mengunyahnya, memberi respon dan membuka mulut apabila disuap makanan dan
sentiasa menginginkan sesuatu untuk dimakan walaupun sudah diberikan lapan atau
sepuluh penyusuan ibu atau susu formula dalam sehari.
Tertarik dengan makanan
Mommies: Keadaan
ini boleh dikenalpasti apabila bayi mula menarik atau meminta makanan tambahan.
Selain itu, apabila mereka mula menjangkau tangan untuk mengambil makanan di
pinggan Mommies.
Dalam usaha
memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi, terdapat banyak aspek yang perlu
dititikberatkan. Ia bergantung kepada keperluan bayi dan juga Mommies sendiri.
Jika bayi terlalu muda dari usia yang sepatutnya, disarankan untuk membuat
rundingan dengan pakar pediatrik supaya dapat merancang menu masa depannya
dengan betul.
Comments
Post a Comment