Ketahui Khasiat & Manfaat Beras Perang Terhadap Kesihatan Si Manja!
Sumber foto: theAsianparent Malaysia |
Fakta umum: Beras perang selamat diperkenalkan sebagai makanan pertama untuk bayi seawal usia 6 bulan. Ia mempunyai pelbagai nutrisi dan menawarkan manfaat kesihatan yang baik untuk tumbesaran bayi.
Beras Perang vs Beras Putih
Beras perang mengandungi semua bahagian bijirin yang mempunyai khasiat seperti:
- dedak berserat, bakteria baik, dan endosperma yang kaya dengan antioksidan
manakala beras putih;
- dedak dan bakteria dikeluarkan seterusnya kekurangan antioksida, serat, vitamin, mineral,lemak dan protein
Khasiat Beras Perang
Beras perang tidak melalui cara pemprosesan yang banyak dan ia masih mengekalkan bran, germ dan endosperma di dalamnya yang membuatkan ia lebih berkhasiat. Ia juga mempunyai nutrisi lain seperti:
- makanan rendah indeks glisemik (GI) – kadar kenaikkan gula darah seseorang selepas makan
- Zat besi – membawa oksigen dalam darah
- Vitamin B;
- Asid folat (vitamin B) – membantu pertumbuhan sel-sel baru dan mengelakkan kecacatan untuk kelahiran baru
- Magnesium;
- Selenium, mineral membantu sistem imun dan mengawal kelenjar tiroid
Manfaat Beras Perang Untuk Kesihatan Bayi
Membantu menurunkan berat badan
Serat yang terdapat dalam beras perang membuatkan bayi
kenyang dalam tempoh yang lama. Ia juga membantu pengambilan kalori yang lebih
sedikit secara keseluruhan.
Mengelakkan sembelit
Serat mudah larut membantu menyerap air dalam usus
dengan lebih mudah. Hal ini membantu mengelakkan najis bayi menjadi keras
seterusnya memudahkan proses membuang dan mengelakkan sembelit
Kaya dengan antioksida
Antioksida yang tinggi dalam beras perang membantu
melindungi kerosakan oleh radikal bebas oksigen. Semasa proses pengeluaran
tenaga, enzim antioksidan penting disebut superoxide dismutase
melindungi sel-sel daripada kerosakan oksidasi.
Kandungan selenium yang
tinggi membantu bayi daripada terdedah kepada penyakit dan jangkitan bakteria
dan virus yang menjadi punca batuk, selsema, demam, dan sakit tekak.
Mencegah penyakit jantung
Kandungan serat mudah larut dan protein membantu
menjaga kesihatan jantung bayi supaya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang
penyakit.
Bila bayi boleh
diperkenalkan dengan beras perang?
Waktu yang sesuai untuk
memperkenalkan beras perang kepada bayi adalah seawal usia 6 bulan dan ke atas.
Untuk bayi 6 bulan,
tekstur makanan mereka adalah dalam bentuk yang cair, halus dan lembut. Oleh
itu, dinasihatkan untuk menggunakan serbuk beras perang yang telah dikisar
keranaia lebih halus dan mudah dicerna oleh bayi.
Untuk Mommies yang
bekerja dan mempunyai masa yang terhad tetapi dalam masa yang sama mahukan
produk makanan yang terbaik untuk si manja, Groomy ada solusi untuk anda.
Groomy menawarkan pelbagai seleksi produk yang mengandungi serbuk beras perang dan beras perang seperti Organic Instant Brown Rice Powder, Organic Discoverer Mixed Rice (Gluten Free), Organic Explorer Mixed Grains, Organic Pioneer Mixed Grains. Dapatkan info lanjut dia www.groomymalaysia.com
Ia organik, Halal dan
bagus untuk tumbesaran si manja!
Comments
Post a Comment