5 Tips Menarik Untuk Perkenalkan Sayur Kepada Anak Mommies
Anak tak nak makan sayur? Apa Mommies perlu buat?
Semakin bayi meningkat usia, mereka makin mula untuk
mencuba makanan baru. Selain buah-buahan, sayur juga merupakan makanan
penyemaian yang bagus kerana mengandungi
rasa manis semulajadi dan tekstur yang lembut apabila dihancurkan. Namun, sudah menjadi perkara lazim apabila bayi
menolak untuk makan sayur. Mesti ada antara Mommies yang buntu kan? Macam mana
nak bagi bayi suka makan sayur?
Bila waktu yang sesuai untuk bayi makan sayur?
Sekitar usia enam bulan, bayi sudah boleh
diperkenalkan dengan sayur. Sangat penting untuk memperkenalkan sayur kepada
bayi di usia ini supaya mereka menjadi terbiasa dengan sayur dalam pemakanan.
Semestinya, memperkenalkan sayur kepada bayi mahupun
kanak-kanak bukan perkara yang mudah. Rasa sayur yang sedikit pahit dan hambar
membuatkan mereka menolak untuk makan sayur. Tetapi jangan risau Mommies di
luar sana, ada beberapa tips yang boleh kami kongsikan bersama Mommies untuk
menyelesaikan masalah ini.
- Perkenalkan Sayuran Yang Manis
Perkenalkan sayuran yang mempunyai rasa yang manis dan
ringan seperti lobak merah dan labu untuk memudahkan mereka menerima sayuran
tersebut.
Selepas bayi mula menerima sayuran itu, boleh
perkenalkan sayuran lain yang mempunyai tekstur, bentuk, rasa dan warna yang
berlainan secara perlahan-lahan. Dengan cara itu, mereka akan mula menerima
sayuran secara tidak langsung.
Disarankan untuk menyediakan sayuran dalam bentuk yang
dilenyekkan, direbus atau dibuat dalam bentu puri untuk bayi yang berusia enam
bulan.
- Sayur sebagai snek sihat
Dalam memperkenalkan sayuran kepada bayi, ibu bapa
memainkan peranan yang penting sebagai contoh teladan kepada anak-anak. Elakkan
memberi snek makanan segera seperti jajan semasa menonton televisyen,
sebaliknya gantikan ia dengan sayur-sayuran. Brokoli atau zucchini antara sayur
tinggi nutrisi yang boleh dimakan sebagai snek. Bayi disarankan untuk mula
makan seawal usia enam bulan dengan tekstur yang halus dan lembut.
- Berikan sayur ketika bayi lapar
Bayi akan mula berasa lapar selepas mereka bermain.
Maka, gunakan kesempatan ini untuk menyelitkan sayuran di dalam makanan mereka.
Mommies boleh mencuba menuap bayi beberapa kali dan perhatikan reaksi mereka.
Jika bayi tidak meluah balik makanan, maka Mommies boleh teruskan menyuap bayi
untuk beberapa kali. Antara sayur yang sesuai adalah wortel kerana ia merupakan
sayuran
yang kaya dengan beta-karoten dan vitamin A.
- Selitkan sayuran dalam makanan kegemaran bayi
Seperti
orang dewasa, kanak-kanak mahupun bayi mempunyai makana kegemaran mereka yang
tersendiri. Oleh itu, salah satu cara untuk menggalakkan bayi makan sayur
adalah dengan menyelitkan sayur dalam makanan kegemaran mereka. Pastikan dalam
kuantitiyang sedikit terlebih dahulu. Jika bayi gemar makan bubur nasi, Mommies
boleh mencuba memasukkan sayur bayam yang telah direbus dan dikisar sehingga
menjadi tekstur yang lembut dan halus. Maka, terhasil lah bubur bayam.
- 4 days-rule
Konsep
“4 Days-rule” ini mempunyai pelbagai kelebihan terutamanya untuk bayi. Ia bukan
sahaja memudahkan Mommies untuk merancang pemakanan si manja, ia juga dapat
mengenalpasti makanan yang menyebabkan anak alergi. Bayi akan diberikan makanan
satu persatu selama 4 hari. Pada ketika ini, Mommies boleh perkenalkan
sayur-sayuran kepada bayi dan lihat jika mereka mempunyai alergi atau tidak
terhadap sayuran tersebut. Sebagai contohnya, bayi didapati tidak mempunyai
alergi terhadap bayam, jadi Mommies boleh mencampurkan bahan lain ke dalam
gabungan makanan itu seterusnya memperkenalkan sayur yang baru kepada bayi.
Comments
Post a Comment