5 Cara Berkesan Mengatasi Masalah ‘Picky Eater’ Anak
Anak Mommies memilih makanan atau susah nak makan atau kedua-duanya sekali? Stress fikir jalan penyelesaian?
‘Picky eater’ merupakan istilah yang digunakan bagi
anak-anak yang memilih makana dan enggan menyentuh makanan lain selain telur
atau nugget. Sebagai ibu bapa, pastinya masalah ‘picky eater’ dalam kalangan
anak-anak menjadi satu kerisauan. Mana taknya, ada antara mereka yang sanggup
berlapar jika tidak mendapat makanan kegemaran. Di bawah kami sertakan 5 cara
berkesan mengatasi masalah ‘picky eater’ anak.
Sediakan makanan dengan kreatif
Kanak-kanak mahupun orang dewasa sukakan makanan yang kelihatan menarik dan kreatif. First impression sangat penting! Kesedapan jatuh ke tempat yang kedua. Mommies sebagai chef istimewa di rumah boleh mencuba menyediakan hidangan menggunakan tujuh warna pelangi seperti brokoli, lobak merah, kobis unggu, kismis, bijirin, ubi atau sup.
Untuk bayi yang baru menjangkau usia enam bulan, Mommies boleh mencuba membuat puri yang dicampur dengan brokoli, labu dan sebagainya untuk menambah rasa dan warna dalam hidangan si manja.
Menjadi teladan yang baik
Teladan yang baik dari ibu bapa akan mendorong
anak-anak untuk mengikutinya. Pernah dengar perumpamaan bagaimana acuan,
begitulah kuihnya? Sebagai contohnya, sayur sangat bagus untuk tumbesaran bayi.
Jadi, sebelum memperkenalkan sayur kepada anak, ibu bapa kena pastikan untuk
makan sayur dalam setiap hidangan. Dengan cara itu, anak-anak akan terdorong
untuk mengikuti jejak ibu bapa.
Menggalakkan anak makan bersama
Semasa waktu makan, galakkan anak untuk dulu semeja dengan ibu bapa
walaupun mereka enggan makan. Elakkan memberi makanan berasingan jika anak
menolak untuk makan makanan yang telah disediakan. Hal demikian akan mengurangkan
pemilihan makanan dalam kalangan anak-anak.
Hormati selera anak
Jika anak tidak lapar, jangan dipaksa untuk makan. Elakkan berjanji untuk memberi jajan dan snek segera. Oleh itu, tips bijak yang boleh ibu bapa contohi ialah dengan memberi makanan dengan kuantiti sedikit demi sedikit seterusnya membuka peluang untuk mereka meminta makanan lagi.
Dalam memperkenalkan makanan baru kepada anak-anak,
sesetengah daripada mereka akan menerima dengan baik dan ada yang sebaliknya.
Pendedahan yang berulang sangat penting suapaya mereka terbiasa dengan makanan
tersebut. Galakkan bercakap dengan anak-anak tentang warna, bentuk dan tekstur
makanan. Selain itu, Mommies juga boleh menghidangkan makanan baru tersebut
bersama makanan kegemaran si manja sehingga mereka menjadi terbiasa.
Comments
Post a Comment