Bila Bayi Boleh Makan Keju?

 

Keju merupakan makanan yang terkenal dengan nutrisi yang bermanfaat selain kaya dengan protein, kalori dan vitamin yang diperlukan untuk tubuh si kecil. Maka tidak hairanlah jika dalam kalangan Mommies yang teruja untuk memberikan keju untuk anak.

Bila bayi boleh makan keju?

Menurut kebanyakan paediatrik, bayi boleh diperkenalkan dengan keju apabila mereka berusia 8 bulan keatas. Ini kerana pada masa tersebut, mereka sudah mampu mengunyah dan menelan makanan lembut seperti keju.

Manfaat keju untuk bayi

  • Kalsium: pertumbuhan tulang bayi dan gigi
  • Protein: memberi pertumbuhan yang optimal
  • Kalori: membekalkan sumber tenaga
  • Lemak: menu diet untuk bayi overweight

Senarai keju yang baik untuk bayi

Keju yang baik untuk bayi adalah keju yang telah dipasteur atau dikultur. Antara keju yang selamat diberi kepada bayi ialah:

  • Cottage cheese
  • Parmesan cheese
  • Cheddar cheese
  • Cream cheese
  • Mozzarella cheese

Senarai keju yang tidak sesuai untuk bayi

Keju yang tidak dipasteur dan keju yang terhasil daripada susu lembu merupakan antara makanan pencetus alergi yang paling tinggi di kalangan bayi.

  • Brie
  • Feta
  • Camembert
  • Roquefort
  • Blue Cheese


Namun, untuk bayi yang mempunyai ‘milk alergy’ atau alahan lain seperti eczema, disarankan untuk mendapat khidmat nasihat dari doktor untuk tindakan lanjut.


Comments

Popular posts from this blog

Strategies & Tips: How To Teach Problem Solving To Kids

4 styles of parenting shared by a psychologist – What Is Your Parenting Style?