5 TIPS EFEKTIF BUAT MOMMIES YANG MEMPUNYAI ANAK KECIL UNTUK BEKERJA SEPANJANG ‘TOTAL LOCKDOWN’
Sumber: Google Kebanyakan
syarikat membenarkan pekerja untuk bekerja dari rumah ataupun ‘Work from Home’
selepas pengumuman ‘total lockdown’ Fasa Pertama dikeluarkan oleh kerajaan. Ini
bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja. Pastinya, masalah
kesesakan trafik, perihal sekolah anak dan menjaga anak kecil di rumah tidak
perlu dibimbangi. Situasi Sebenar Mommies Yang Bekerja Dari RumahBaru
sahaja nak masuk meeting anak kecil sudah mula merengek meminta
perhatian, belum lagi meminta susu dan sebagainya. Kenyataannya, bekerja dari
rumah bukanlah suatu perkara yang mudah terutamanya buat insan yang bergelar ‘Mommy’.
Dalam
satu kajian yang dijalankan oleh universiti ternama, sebanyak 18% ibu yang bekerja dari rumah menghadapi masalah kemurungan seterusnya mendedahkan seseorang
kepada risiko penyakit yang berbahaya seperti sakit jantung atau diabetes. Justeru, bagi
mengelakkan perkara ini dari berlaku, Mommies perlu bijak merancang jadual
harian untuk bekerja dan menguruskan anak kecil. 5 Tips Efektif Untuk Mommies Bekerja Dari Rumah Bersama Anak KecilBerikut merupakan panduan untuk Mommies yang bekerja di rumah supaya kekal menjadi pekerja yang produktif dan ibu bapa yang sabar. 1. Mewujudkan jadual dengan teliti Memanfaatkan peluang di hujung minggu untuk menyiapkan tugasan rumah seperti mencuci baju, mengemas rumah dan menbeli stok makanan yang mencukupi. Mommies juga boleh terus menyediakan makanan sejukbeku bayi selama satu minggu. 2. Melatih diri berdisiplin Membuat jadual bekerja dengan teliti dan benar-benar bekerja pada waktu tersebut. Elakkan untuk melayari perkara yang tidak berfaedah di sosial media. 3. Pastikan bayi berada berdekatan
Untuk mengurangkan kerisauan Mommies semasa bekerja, letakanlah bayi berdekatan ataupun di tempah yang senang untuk Mommies pantau sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. 4. Bekerja Apabila Anak Kecil Tidur
Waktu yang paling tenang
untuk Mommies bekerja semestinya apabila si kecil sudah tidur. Menurut beberapa
kajian, Mommies terpaksa bekerja di waktu malam. Suasana yang lebih tenang dan kurang
gangguan dari si kecil membenarkan Mommies untuk menyiapkan tugasan kerja. 5. Pembahagian tugasSikap toleransi di
antara ibu bapa sangat penting terutamanya dalam situasi yang genting seperti
ini. Justeru, pembahagian tugas sangat diperlukan supaya kedua ibu bapa dapat
menjalankan tugasan kerja di samping menjaga anak kecil bersama. Jika pasangan
Mommies turut bekerja dari rumah, ambil masa untuk bergilir-gilir menjaga si
kecil. Namun jika hanya Mommies yang berkerja dari rumah, dapatkan bantuan dari
pasangan untuk melakukan tugasan rumah yang lain seperti memasak dan mengemas
selepas dia pulang dari pejabat.
\ |
Comments
Post a Comment